Pengikut Taksub

August 2, 2011

Abstrak Versi Fakta : Hero Hollywood Di Dunia Nyata Part 1

assalamualaikum..

ok..korang mesti slalu tengok je kan citer hollywood
tambah plak citer-citer action diorang, meletup sana-sini
watak tambahan kat blakang jadi mangsa, melayang sana-sini
tapi hero steady je, berdarah macam nak mati
tapi relax je jalan dengan muka x bersalah
citer hindustan lagi la, tumbuk bunyi mau kaw-kaw punya
tapi kali ni aku nak share beberapa org hero sebenar
yang mana dah banyak bagi jasa kat negara diorang
berbanding hero hollywood yg x habis-habis nk balas dendam

kali ni nk introduce sorang askar Finland..Simo Häyhä
don't play-play arr..
die pon macam askar biasa je, tapi ditugaskan dlm unit peenembak tepat
die bertugas waktu Soviet Union mula nak takluk Finland
yang jugak dikenali sebagai Winter War (1939-1940)
ni bukan main perang baling bola salji tu ok
dan suhu purata antara -20 hingga -40..sejuk ya amat
+20'C pon da cukup nk buat jiwa raga aku terketar..haha

yang besynye, die x guna pon scope yg slalunya sniper guna
die hanya menggunakan iron sight yang super powerful tu

jauh ke x die zoom agak sendiri la
iron sight tu apa?..tu ha yg tengah2 ada 2 palang tu
apa yang hebatnya?..542 orang mati dengan senapang die saja
keseluruhan 705 orang termasuk yg menggunakan Sub-Machine gun
rekod ni dicipta dalam 100 hari je..manusia ke ape la die ni
bila Soviet dengar ramai askar die dibunuh oleh sorang askar je,
diorang pon tubuhkan satu pasukan khas untuk bunuh die saja
dan mereka semua telah berjaya...dibunuh oleh beliau sorang
dan lepas tu diorang hantar pulak kumpulan counter-sniper
yang mana tugasnya dah sememangnya untuk membunuh sniper
dan mereka juga telah selamat..dibunuh oleh beliau

disebabkan perasaan membara Soviet terhadap beliau
diorang pon hantar je artillery..hantar missile je dari jauh
tu pon x mati-mati jugak..maka pihak soviet terpaksa tepuk dahi
sambil berkata," celaka benar beliau yang tersebut"..haha

tapi last-last die berjaya jugak ditembak
dan yang bestnya, tepat ke kepala beliau..oucchhhh
hancur habis muka dan tulang rahang..aiyoooo
tapi nyawa beliau macam getah posmen tu..liat bebenor
die hidup dan sedar waktu hari keamanan diumumkan

maybe ada hero hollywood yg cuba nk challenge die
contohnya Mark Wahlberg dalam citer Shooter (2007)
tapi masih belum dapat nk bertanding dengan beliau
dlm citer ni die bunuh dlm 70 org dekat padang pasir
yang mana Simo Häyhä bunuh 705 org waktu musim sejuk
yang mana Mark Wahlberg guna sniper ni

Barret M107..salah satu sniper paling powerful zaman skrg
dan si Simo Häyhä guna senapang ni:
Mosin-Nagant..heh..terbaik la

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...