Pengikut Taksub

December 10, 2011

Abstrak Versi Video : Ini Baru Dinamakan Suara

assalamualaikum..

sementara tunggu gerhana bulan ni aku nak buat satu entri la
simple je..pasal artis idola aku..
dia baru je popular baru-baru ni..
sekarang ni tengah hot kat facebook
adekah salah aku x share di facebook awal-awal?..haha
walaupon sbenarnya aku dah lama admire die..muahaha
cekedaud video ni :


mesti pernah tengok kan? ni yg satu lagi

namanya Nur Atikah Nabileh Thane
taun depan darjah 6 di Sekolah Rendah Serasa, Brunei
video dlm entri ni telah di"reupload" ke youtube
tajuk video yg asal kat youtube pon da x ingat meh..
papepon..doakan yg terbaik untuk dia
moga-moga lebih dekat dengan Allah..amin


eh!..dah gerhana!

December 9, 2011

Abstrak Versi Fakta : Gerhana Bulan Tembaga

assalamualaikum..

mesti dah ramai yang tahu pasal benda ni
xpe..kepada yang tak tahu terus jela baca
ada la input sikit untuk korang hari ni
yang dah tau pon baca je..kalu x rugi je aku menaip..haha

senang cerita, esok diramal akan jadi gerhana bulan tembaga

aduh bukan yang ni eh..yang ni dah lepas

yang ni yang betul punya eh..
source


gerhana bulan tembaga ni berlaku sebab bumi halang cahaya matahari 
kiranya bumi ni macam abang yang suka buli la dalam citer ni
bulan pulak sebagai yang terkapai sorang-sorang asyik kena buli
paham x? tak paham sudah..haha


sambung dari cerita adik dan abang tadi
bayang-bayang si abang akan menutupi seluruh tubuh adiknya
kejadian tidak bermoral tersebut berlaku pada 8.46 malam
keadaan udara (baju si abang) di bumi (si abang) yang berhabuk halus 
membiaskan cahaya matahari menjadikan bulan berwarna kuning kemerahan
ibaratnya si abang tu pakai baju yang jarang la..eeuuu
nampak dah kan kronologi die kan..


ok..kepada muslim dan muslimah, 
anda dinasihatkan supaya buat sembahyang sunat gerhana
dan membanyakkan selawat dan tasbih..
ini satu tanda kebesaranNya dan kerdilnya kita sebagai hamba
sesape yang nak belajar solat sunat tu bleh belajar kat sini


kepada yang x puas hati lagi pasal explanation aku bleh la tengok video ni
penat je aku terang korang x paham..hak3


November 16, 2011

October 26, 2011

August 12, 2011

Abstrak Versi Agama : Cuba Check Blogpot Korang

assalamualaikum..

ni sekadar nak inform je..
da agak lama jugak la kes ni sebenarnya..tapi skrg tengah hot
cuba la cek link blog korang..kepada pengguna blogspot la
bukak blog korang dan buang huruf "s" dekat blogspot tu

tengoklah cara diorang cuba nk meracun pikiran manusia
sangat keji..dengan niat la tu sebenarnya..
in case ada orang silap taip blogspot jadi blogpot
sebenarnya taip blogpot je pon dah kluar..
yang depan tu lain-lain pon akan kluar web yg sama jugak

so lepas ni berhati-hati la ek
dan jangan terpengaruh dengan dakyah-dakyah orang terdesak camtu
sebagai seorang muslim, hanya SATU yang benar..ISLAM

August 10, 2011

Abstrak Versi Aku : Gengblogger Dah Sihat

assalamualaikum..

hmm..tadi lepas terawih aku online..
tapi bila dah online x tau plak nk buat hape..haha
dulu-dulu slalu la lepak kat Gengblogger tu
tapi sejak kena hack da xde arah nak melepak mana
tu yang aku banyak melepak kat masjid je tu..haha


ya..mmg hacking ni satu aktiviti yg sangat x bagus
sama la mcm vandalism..kan xde faedah namanya tu
dulu ada la jugak blajar ilmu ni tapi dah lama buang ilmu tu
ilmu yang x bagus..seriously sangat menyusahkan org lain
sesetengah tu buat benda ni satu hobi..just for fun
ada jugak yg buat sebab nk tunjuk kehebatan masing-masing
tu bukan perangai atau tabiat yg bagus la

so sekarang ni dah ada benda yg best nk buat...
blogwalking, blogjogging and blogrunning..haha

Here i come GB..haha

August 5, 2011

Abstrak Versi Fakta : Hero Hollywood Di Dunia Nyata Part 3

assalamualaikum..

oh..terlupa nk update..haha..xpe2..
sambung balik dengan kisah teladan si kancil dan panda
oh bukan..sambung dengan citer hero yg seterusnya
namanya John Malcolm Thorpe Fleming "Jack" Churchill
mak aih..nama x nak pendek-pendek
agaknya hero memang nama panjang-panjang kot
macam aku..haha

die jugak lebih dikenali sebagai "Mad Jack"..
askar British ni xde la giler sgt..cuma giler teruk je..haha
die lah satu-satunya askar British yg berjaya bunuh musuh
dengan menggunakan anak panah..macam ok lagi kan?
ni la beliau dengan panah beliau
tapi ingat, waktu tu adelah Perang Dunia Ke-2
yang mana semua org pakai machine gun dan rocket launcher!

August 3, 2011

Abstrak Versi Fakta : Hero Hollywood Di Dunia Nyata Part 2

assalamualaikum..

ok..sambung jela citer yg sebelum ni
semalam citer pasal si Simo Häyhä..nama pon da unik
so hari ni aku jumpa lae satu nama unik..Yogendra Singh Yadav
memang bleh teka la..die sorang askar India
tu ha..yg tangan berbalut tu
dalam satu misi, kumpulan die ditugaskan untuk panjat
dan memusnahkan kubu-kubu Pakistan atas Tiger Hil
dan bukit tu mmg segah namanya..tinggi nk mampus
die dengan selamba merelakan diri untuk mengepalai exspedisi tersebut
yang besnya, bukit tu curam bagai nak, licin dengan ais lagi
bila dahnk sampai, salah satu kubu musuh perasan diorang
apa lagi, segala machine gen dan roket abeh diorang tembak
bayangkan bukit tu securam ni
dengan muncung machine gun ni menghala kat korang
dah macam citer rambo dah ha..
beberapa member dan commander die awal-awal da mati 
walaupon kena tembak berdas-das, die panjat jugak sampai atas
merangkak ke kubu pertama dan baling bom tangan
booommm..terbang 4 orang askar Pakistan dengan labu-labunya
seterusnya, die pon berlari anak ke kubu seterusnya

disebabkan die terjun masuk dalam kubu tu, mana sempat nk tembak
so diorang pon mula la berlawan hand-to-hand dengan 4 orang
oh..sila la jangan bayangkan macam ni
dan ternyata, beliaulah seorang hero bollywood yg sejati
kawan-kawan die yang lain sampai ke atas kemudiannya naik berkata
"terbaik la!!!" sambil mengangkat tangan bersama-sama senyuman peace
so kawan-kawan die hanya musnahkan satu je kubu
disebabkan ke"hero"an beliau, die dah pon dianugerahkan dengan
pingat Param Vir Chakra yg mana adalah pingat tertinggi di India

maybe hero hollywood yg cuba nk cabar die adelah
Bruce willis dalam apa-apa siri Die Hard la..
yeahhh..sayalah hero hollywood
mungkin die banyak kali ditembak dalam citer tu
tapi apa sangat kalu dibandingkan dengan beberapa tembakan
yg diterima Yogendra ni dalam masa 10 minit je..dush3
dalam citer ok la..tadi macam bom dah nk meletup sangat
tinggal seminit la kononnya..da tengok 10 minit pon x meletup jugak!

August 2, 2011

Abstrak Versi Fakta : Hero Hollywood Di Dunia Nyata Part 1

assalamualaikum..

ok..korang mesti slalu tengok je kan citer hollywood
tambah plak citer-citer action diorang, meletup sana-sini
watak tambahan kat blakang jadi mangsa, melayang sana-sini
tapi hero steady je, berdarah macam nak mati
tapi relax je jalan dengan muka x bersalah
citer hindustan lagi la, tumbuk bunyi mau kaw-kaw punya
tapi kali ni aku nak share beberapa org hero sebenar
yang mana dah banyak bagi jasa kat negara diorang
berbanding hero hollywood yg x habis-habis nk balas dendam

kali ni nk introduce sorang askar Finland..Simo Häyhä
don't play-play arr..
die pon macam askar biasa je, tapi ditugaskan dlm unit peenembak tepat
die bertugas waktu Soviet Union mula nak takluk Finland
yang jugak dikenali sebagai Winter War (1939-1940)
ni bukan main perang baling bola salji tu ok
dan suhu purata antara -20 hingga -40..sejuk ya amat
+20'C pon da cukup nk buat jiwa raga aku terketar..haha

yang besynye, die x guna pon scope yg slalunya sniper guna
die hanya menggunakan iron sight yang super powerful tu

jauh ke x die zoom agak sendiri la
iron sight tu apa?..tu ha yg tengah2 ada 2 palang tu
apa yang hebatnya?..542 orang mati dengan senapang die saja
keseluruhan 705 orang termasuk yg menggunakan Sub-Machine gun
rekod ni dicipta dalam 100 hari je..manusia ke ape la die ni
bila Soviet dengar ramai askar die dibunuh oleh sorang askar je,
diorang pon tubuhkan satu pasukan khas untuk bunuh die saja
dan mereka semua telah berjaya...dibunuh oleh beliau sorang
dan lepas tu diorang hantar pulak kumpulan counter-sniper
yang mana tugasnya dah sememangnya untuk membunuh sniper
dan mereka juga telah selamat..dibunuh oleh beliau

disebabkan perasaan membara Soviet terhadap beliau
diorang pon hantar je artillery..hantar missile je dari jauh
tu pon x mati-mati jugak..maka pihak soviet terpaksa tepuk dahi
sambil berkata," celaka benar beliau yang tersebut"..haha

tapi last-last die berjaya jugak ditembak
dan yang bestnya, tepat ke kepala beliau..oucchhhh
hancur habis muka dan tulang rahang..aiyoooo
tapi nyawa beliau macam getah posmen tu..liat bebenor
die hidup dan sedar waktu hari keamanan diumumkan

maybe ada hero hollywood yg cuba nk challenge die
contohnya Mark Wahlberg dalam citer Shooter (2007)
tapi masih belum dapat nk bertanding dengan beliau
dlm citer ni die bunuh dlm 70 org dekat padang pasir
yang mana Simo Häyhä bunuh 705 org waktu musim sejuk
yang mana Mark Wahlberg guna sniper ni

Barret M107..salah satu sniper paling powerful zaman skrg
dan si Simo Häyhä guna senapang ni:
Mosin-Nagant..heh..terbaik la

July 31, 2011

Abstrak Versi Aku : Goodbye To This Month

assalamualaikum..

akhirnya aku ada masa buat post baru..haha
lagipon sekarang dah takde sumber kerja
waktu praltikal yela..sibuk yang pelbagai
tiap-tiap hari pon dapat ilmu baru..
duduk rumah pon x buat pe..
jadi tiap-tiap hari kena cari ilmu baru dari internet la
boleh la kot update hari-hari..haha

bulan Julai dah sampai ke penghujung..
termasuklah yg lebih mulia, bulan syaaban
yg mana secara official habis waktu maghrib tadi
sangat banyak kenangan dalam bulan Julai ni
especially yang berkenaan dengan praktikal aku la
wah..abang hensem! gambar mahal ni..haha
memamg banyak la kenangan sweet waktu praktikal
menang bowling yg aku baru main 2-3 kali
memonteng dan mengular waktu keje tanpa kantoi
dan yang paling x boleh blah pegi karaoke 3 jam
mula-mula nak x nak je pegang mic..
last-last skali mic tu jadi aku punya..
melalak sampai tergolek + bersila atas lantai..
tapi x sangka plak suara aku sedap..muahaha

and last but not least, dah setahun abang aku meninggal
moga-moga roh die aman di sana..amin
sekarang dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak
dah 3 tahun berjumpa Ramadhan dgn penuh rasa syukur
selalu tanamkan yg Ramadhan kali ni adalah yg terakhir
moga-moga kita selalu hargai dan rindukan Ramadhan
papepon, SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!

June 30, 2011

Abstrak Versi Aku : Ilmu Di Mana-Mana

assalamualaikum..

wao..sangat lama x update..ini satu rekod baru
hampir-hampir x update utk bulan ni..haha
sekarang ni kan aku tengah praktikal..kira macam kerja la jugak tu
pegi awal pagi..balik petang dah letih..malam nk main futsal lagi..haha

sangat seronok buat praktikal ni rupanya..baru aku tau
sangat banyak ilmu yang aku dapat..dan pengajaran-pengajaran lain
belajar hands-on ni ilmu cepat je faham dan masuk dalam otak
ilmu memang sangat banyak utk aku belajar kat situ
technical knowledge memang sangat banyak..tapi x lupa jugak ilmu lain
communication skill dan jugak tacit knowledge dari pekerja yang byk pengalaman

agak special la jugak tempat aku buat praktikal ni
dalam tempat tu ada surau..tiap2 hari selasa dengan rabu ada ceramah
sembahyang jumaat pon buat kat situ je..x payah balik rumah
pagi-pagi lepas punch card, semua staff kena beratur depan bangunan masing2
first skali kena menyanyi lagu negaraku..lepas tu buat senaman ringan
tiap-tiap hari ok..mana nk dapat semua tu?..
hanya di Boustead Naval Shipyard Lumut..haha
"syarikat kami memang memerlukan supervisa seperti kamu"..cewah..haha


hari ni pon nasib je aku sempat tulis entri baru..
tu pon sebab ada benda pelik terjadi..member terkunci dalam rumah pulak
die cuti sebab nak pegi jumpa makwe beliau..
lagi 2-3 langkah je lagi nk masuk gate tetiba kawan aku call
dah kena amek cuti emergency hari ni..haha
sori la kepada kawan aku yg kena buat keje sorang-sorang tu
x sengaja kot..haha

papepon sebagai nasihat, cari la ilmu setiap hari
x kesah la dari pelusuk mana pon datangnya ilmu tu
sebab ilmu tu akan menambah nilai korang sebagai seorang manusia

May 25, 2011

Abstrak Versi LAwak : Cara Selamatkan Diri Tahun 2012 Nanti

assalamualaikum..

kan dulu duk heboh-heboh pasal tahun 2012 akan berlaku doomsday
tah orang mana tah yang duk bagi khabar angin ni sampai satu dunia kecoh
habis semua nak gelabah..cium habis tangan kaki mak mintak ampun..haha
bagi aku senang je..kiamat pasti berlaku dan dengan tiba-tiba..rujuk ayat ni:

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
Al A’raaf : Ayat 187
di tengah-tengah kekalutan dunia pasal benda tu, ada jugak yang kreatif
diorang dapat idea camna nak buat duit dengan kejahilan manusia sendiri
ada orang buat jual tiket naik roket waktu tahun 2012..hahaha
cekedaud:

ni ha laman webnye..menarik giler moto die..haha

May 18, 2011

Abstrak Versi Fakta : Kapal 400 Meter Enjinnya Besar Mana?

assalamualaikum..

aku sangat letih hari ni..tersilap langkah la pulak tadi
tadi time tengah hari terlupa nak minum air banyak-banyak..
aku buat praktikal sekarang ni..buat masa sekarang duduk dlm bengkel enjin kapal
tak sempat sampai petang dah letih..dehydrate cepat sangat..haha
biasa la bengkel enjin..panas die pon macam 'suam-suam kuku' je..
so aku nak share la sikit besar mana la agaknya enjin kapal tu

kepada yang x tahu apa tu enjin dan jugak crankshaft tu ni aku letak gambar
nanti ada masa, rajin-rajin la korang bukak enjin kereta korang tu..haha

yang ni kat kilang buat enjin diesel trak kot
hah..da besar orang enjin trak ni

May 14, 2011

Abstrak Versi Aku : Women Are Wonderfull

assalamualaikum..

ok..im back..kelmarin dan kelmarin dulu aku nak rehat..
luangkan masa dengan family sebelum start buat kerja balik
happy bersama family dan jugak semua watak wanita dalam hidup aku..haha
tapi sejak balik ni aku dah malas nak tengok TV..stakat tengok berita je
tapi sebab aku tengok berita tu aku rasa sedih sambil menggeleng kepala

macam-macam cerita yang tak best aku tengok kat dalam TV
senang cerita banyak berita-berita pasal eksploitasi wanita
semua la..pelacuran, keldai dadah, pelaris filem dan drama kat TV
even zina pon kebanyakannya hasil eksploitasi kaum Adam terhadap Kaum Hawa
aku ni kaum Adam ok..aku rasa sangat kesian dengan kaum Hawa
apa dunia ni nak kembali ke zaman jahiliah ke? wanita jadi sekadar pemuas nafsu?
bayangkan benda tu jadi dekat mak, kakak dan adik korang
aku rasa takut sekarang ni..bukan takutkan dunia dan makhluk-makhluknya
aku takut bala yang nak turun..dunia dah tersangat dekat dengan kiamat
papepon ni aku nak tujukan lagu untuk kaum Hawa..smile!



p/s: kaum Adam, jadilah pelindung bukan pelingkup wanita

May 11, 2011

Happy Holiday And Always Smile To All

assalamualaikum..

takde pape nak cakap pon..aku nak balik rumah setelah 4 bulan x balik
lepas 3 hari nak kena practical kat lumut pulak..terbaik la
just nak sampaikan ucapan kepada student UTM especially student Mecahanical :

1. Selamat ber 'short semester"
2. Selamat bercuti penuh 4 bulan
3. Selamat ber'practical'
4. Selamat ber'interview' dan bekerja

p/s: sem depan aku nak study awal la..ayat keramat setiap hujung sem..haha

May 8, 2011

Abstrak Versi Kreatif : Tea Bag Yang Memang The Boom

assalamualaikum..

hari tu aku dah tunjuk cawan-cawan yang best..klik sini
tapi hari ni aku nak buat kesinambungan la sikit dari post hari tu
kalau dah ada cawan, boleh la nak buat teh pulak..
so sekarang nak kena pilih tea bag pulak untuk nak buat teh..
tapi aku rasa sayang pulak nak guna tea bag ni..
hah..siap ada koleksi lagi..macam kat butik pulak

May 7, 2011

Abstrak Versi Lawak : Video Gula-Gula M-Pop Kena Hentam

assalamualaikum..

ah..sayang betul sebab video semalam dah kena remove
maybe sebab kena kritik giler-giler kot..korang ni pon..berpada-pada la
tapi xpe..lupakan yang lepas..hari ni kita tengok lagi satu kumpulan
yang ni kumpulan gula-gula pulak..kumpulan M-Pop pompuan
nak tau lebih lagi korang google la..banyak je komen-komen orang
taip keyword "gula-gula mpop"..nanti kluar blog cik epal kat first search..
tengok komen die..haha

ni ha video yang aku nak tunjuk tu:



p/s : memanjang hitler ni je jadi mangsa..haha

Abstrak Versi Agama : You As A Muslim

assalamualaikum..

hari ni aku nak share satu pengalaman dari kawan aku
dia sekarang belajar dekat oversea..dekat australia tak salah aku
citer ni dah lama sebenarnya..aku amek dari status facebook die
ada satu orang bukan islam mabuk ni tanya soalan dekat die
cuba tengok gambar dekat bawah :


aku just nak menimbulkan satu persoalan kat korang
kalau la org tu tak mabuk dan tanya soalan sama dekat korang,
boleh tak jawab dengan penuh yakin dan berani untuk tegakkan Islam?
jadi cuba la persiapkan diri masing-masing..muhasabah diri

May 6, 2011

Abstrak Versi Lawak : Persembahan M-Pop MAX 247 (Kpop Malaysia)

assalamualaikum..

nah la tengok..aku tak mau komen...korang komen la sendiri..
ni la group yang nak cuba tiru K-Pop tu..yg dulu nama die 24/7 tu kot
nak tau lagi lanjut, google je image diorang..
diorang buat persembahan kat karnival pelancongan belia kot
kalau tak nak komen pon tengok komen kat youtube tu pon jadi la



p/s : aku x tau nak letak viseo ni dalam abstrak versi apa..
tu la aku main letak je dalam abstrak versi lawak tu

May 5, 2011

Abstrak Versi Fakta : Zip Dan YKK

assalamualaikum..

ni bukan kes jalan kat public dan tak tutup zip ok..
entry ni sebenarnya nak menjelaskan satu benda pasal zip
maybe ada yang dah perasan dan tahu kebanyakan zip ada tulisan YKK
mak aku kerja jahit baju..jadi aku memang selalu la terserempak dgn YKK ni
kalau tak percaya sila la tengok zip seluar mahupon zip baju
kebanyakannya mesti ada tulisan YKK ni..aku pon pelik jugak awal-awal
aku ingatkan YKK tu satu singkatan untuk jenis zip
jadi aku pon cuba la mencari kebenaran di sebalik zip YKK ni
ni haa YKK yang aku maksudkan (sumber)

May 4, 2011

Abstrak Versi Fakta : Kuasa Make Up

assalamualaikum..

pompuan memang susah la nak dipisahkan dengan make-up
at least pon mesti nak taruk bedak - bedak sket kat muka
kalau laki jenis mekap-mekap tebal ni memang aku anti la..sorry to say
sekarang kan pengaruh korea dan jepun dah makin banyak kat Malaysia
tengok la awek-awek diorang..fuuhhhh..meleleh air liur korang tengok
orang-orang kat sana memang agak obses la pasal kecantikan luaran

bagi aku, kecantikan luaran tu hanyalah kulit, isi dan tulang
satu benda yang sangat fragile dan cepat expired..
kadang-kadang aku rasa kesian dekat diorang yang obses ni
jadi obses dengan kecantikan pon sebab dunia kita ni la
terlalu mengagung - agungkan kecantikan luaran ni..haishh
make up ni satu medium yang bagus tapi bila dah over, xde lagi nilainya
tapi ni ha aku nak tunjuk sket apa tu kuasa make up
go girls!!!
macam two face dalam citer batman tu

May 2, 2011

Abstrak Versi Fakta : Lelaki Yang Disambar Kilat 7 Kali

assalamualaikum..

kisahnya bermula dengan seorang lelaki bernama Roy Cleveland Sullivan
die ni seorang ranger hutan yang bekerja di Shenandoah National Park, Virginia
die telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai satu-satunya,
manusia ang disambar kilat 7 kali di waktu dan tempat yang berbeza
dan lebih mengejutkan, die selamat walaupon 7 kali disambar kilat!

inilah beliau yang tersebut
untuk pengetauhan semua, kebarangkalian kena sambar kilat adalah 1 : 3000
mengikut pengiraaan probability yang mudah, probability kejadian ni adalah 
1 : 30007 yang mana bersamaan 1 : 2,187,000,000,000,000,000,000,000
atau lebih mudah disebut sebagai 2.187 septillion..
tapi die ada cakap yang waktu kecik dulu, die penah kena sambar kilat
waktu tu die dekat ladang gandum..kilat sambar sabit die tapi die ok je
sebab takde bukti, die pon tak claim la kejadian tu sebagai yang pertama
kalau x jadi la 1 : 30008 atau 1 : 6,561,000,000,000,000,000,000,000,000..haha

May 1, 2011

Abstrak itu Ekstrim : Kamera Resolution 6530 megapixels

assalamualaikum..

sekarang semua sibuk je nak beli DSLR kan?
yang dah ada bagus la..aku jugak yang takde..haha
standart resolution utk DSLR rasanya dalam belas-belas megapixels je
lagipon xde la perlu sangat pixel yang banyak-banyak
kalau ko nk print atas kertas AO ok la kot pakai yang 60-70 megapixels
ade plak 60-70 megapixels..haha

tapi mungkin ada sesetengah orang rasa x cukup lagi..x puas
"mana cukup 60-70 megapixels..saya photogapher professional"..kata beliau
xpe-xpe..jangan risau..aku dah jumpa penyelesaian untuk beliau
aku jumpa kat internet pasal satu projek yang dah lama dilaksanakan
khas untuk tangkap gambar sampai 6530 megapixels!!!
klik untuk view yg lagi besar dan clear
projek ni dah lama start dalam awal tahun 2000 rasanya
diberi nama Giagapxl Project dgn tujuan awal nak tangkap gambar 1 gigapixels
tapi dengan teknologi kamera yg makin bagus dari hari ke hari,
projek tu terus berjalan dan sampai la ke tahap 6530 gigapixels tu
so ni ada beberapa contoh gambar dan sedikit kuiz dari aku
kuiz die simple je..cari lokasi gambar zoom yg diberikan

1. Pensacola Beach
gambar utama die yg kat atas tadi tu..klik untuk besarkan gambar
pastu try cari lokasi gambar - gambar zoom ni :

zoom 1

April 29, 2011

Abstrak Versi Lawak : Definisi Couple

assalamualaikum..

aku memang tak heran la sekarang ramai yang dah couple-couple
aku punya stand point pasal hal ni takde la ekstrim mahupon terlalu berlembut
tengah-tengah dan bersederhana la senang citer..
sape yg x baca entri semalam memang rugi la..pegi la baca kat sini
hari ni aku nk share satu gambar yg agak menarik la..dah lama aku simpan
hari ni baru nk tunjuk kat korang..korang pikir-pikir la sendiri..haha

cekedaud :

p/s : mesti korang pon penah pikir camni kan?..esh3..haha

April 28, 2011

Abstrak Versi Agama : Zina Hati Dan Jatuh Cinta, Maksud Yang Selalu Tersasar

assalamualaikum..

hari ni aku terbaca something yang sangat berguna dekat facebook
dan aku rasa ramai yang perlu baca supaya tenang hatinya
tambah-tambah untuk golongan macam aku..dan jugak korang..haha
bacalah sampai habis dan fahamkan dengan erti kata sebenar zina hati
aku sangat kecewa kalau korang tak habiskan bacaan dan dapat isi yang nk diberitahu
sebab browser aku hang beberapa kali bila aku edit teks ni..sabar-sabar
ni antara contoh soalan dan pemahaman yang salah yang ada dalam teks tu
lawak pon ada jugak kalu korang dah mula faham maksud zina hati yang betul

Contoh Kekeliruan:
"Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

April 27, 2011

Abstrak Versi Filem : Senarai Sequel Movie Yang Ditunggu -Tunggu 2011

assalamualaikum..

tadi aku pegi bank CIMB..nk keluarkan duit 2-3 juta..hehe
sementara tunggu kakak jaga kaunter bank tu buat kerja,
aku tengok la TV yg ada kat situ..tapi TV tu xde plak astro
TV tu just tunjukkan pasal mata wang dan jugak Movie Preview
aku tak layan la yang kadar mata wang tu semua..
aku just berminat dengan trailer movie yg tunjuk je
aku pon ada dengar dari member aku yang tahun ni ada banyak movie best
so, ni la antara movie - movie yang mungkin ditunggu - tunggu tu

Final Destination 5
menguap ke?..mesti die mengantuk giler ni..
Tarikh Tayangan : 25 Ogos 2011 (Malaysia)
aku memang x suka tengok citer-citer yang perlu jeritan ni
tambah pulak cerita ni..dah sampai sequel yang ke 5 dah
aku tengok satu je sequel citer ni..lepas tu x penah tengok dah
seriously aku memang sangat tak suka citer-citer horror ni
tapi maybe aku sorang je kot yang tak suka tengok

Abstark Versi Lawak : Photographer Super Pro & Ekstrim

assalamualaikum..

aku tau ramai yang jadi photographer secara langsung atau tak langsung
tabgkap pakai DSLR ataupon just guna kamera handphone 0.3 megapixels je
takpe..janji jadi salah satu ahli dalam dunia photographer
tapi ada jugak yang suka sangat-sangat pasal photographing ni
sampai jadi obses dan jadi photographer ekstrim..
nak tau apa tu photographer ekstrim?..jom aku tunjukkan

memang aku respek habis la photographer ni

April 25, 2011

Mintak Tolong Sikit Ni Kawan - Kawan

assalamualaikum..

kepada yg slalu datang tu mesti rasa pelik
tetibe je lain macam je ni..silap blog ke hape?
takde la..semalam sehari suntuk aku ubah layout blog ni
kepada yg baru datang tu ignore jela..haha

semua nampak macam ok je di mata aku ni
tapi bukan semua orang sama kan?
jadi kat sini aku nak mintak tolong la sangat-sangat
please!!!!!!
jadi kepada yg tengah baca tu tolong la aku ek
xde la susah mana pon nk tolong aku ni..
tolong komen sket je pasal layout ni
mana tau kot-kot ada problem dalam blog ni yg aku tak tau
kot - kot la ada error yang aku tak sedar ke
sebab semalam aku banyak main dengan HTML code semalam
konon - kononnya terer la sangat ubah HTML code..haha
tolong ekk..jap je..haha

terima kasih!!!

April 24, 2011

Blog Under Maintenance

assalamualaikum..


aku nk ubah layout aku kejap..harap bertendang ek pelawat
zoo pon tutup jugak kadang kala..nak bersihkan taik zirafah 20-30 kg..
kalu ada ada terperasan perubahan waktu surfing tu ignore jela ek..

Handphone Concept (Window Phone)


assalamualaikum..

sekarang ni banyak handphone yang canggih-canggih
aku pon sekarang dah tak berapa minat pasal handphone ni
tapi tadi aku terjumpa satu handphone concept yg sangat best
kalau la die kluar nanti, aku nak letak dalam wishlist aku..haha
cekedaut :




die punya display mode pon ikut cuaca persekitaran
waktu cerah, semuanya biasa je..clear as clear sky 
kalau hujan ada efek-efek air hujan gitu
kalau bersalji, ada la pulak efek kabus tu..
memang cool habis la concept phone ni!!



specialty transparent handphone concept ni sangat membuat aku teruja
mana tau mungkin handphone ni siap dengan 3D video call ke..perghh
kalu ikut apa yg aku baca, nak message korang tiup je skin die
tapi kalu baru bangun tido tu x payah la tiup-tiup
habis melekat bau air liur basi dekat handphone tu nanti..haha


memang akan ada orang kata ni hanya la handphone concept
"boleh ke jadi benda ni?".."tipu ni".."mana boleh.bateri pon xde"..
dah nama pon handphone concept..tu la function die..haha
die bagi kita idea dan konsep awal yang orang nak cuba capai
tapi memandangkan ini hanya la handphone concept, aku boleh berharap jela
harap - harap benda ni akan ada pada masa akan datang

p/s : aku dah start kumpul duit dah ni.haha

April 23, 2011

Jom Chatting Dekat Gengblogger!!!

assalamulaikum..

waa..aku terkejut jugak tadi
tengok-tengok ada satu toolbar baru kat gengblogger
wao..dah ada chatroom baru!!
dulu-dulu ada je..lepas kena malware terus hilang
so sekarang ada empat nk lepak sampai subuh..haha

lebih kurang camni la..haha
kalu ada masa tu boleh la chat skali ar..haha

A Smile And A Cry

assalamualaikum..

dah lama x update..
sori la..aku terlupa aku ada blog..hehe
aku sebenarnya nak buat post dalam english..tapi xpe la
bila aku mula tulis dalam english tu maksudnya
ada special occasion la dalam hidup aku hari tu
lagipon aku dah jarang tulis pasal personal life kat blog rasanya
xpe..kali ni memang special occasion yg aku nak share
cerita dia macam ni

aku x tau kenapa aku x boleh tido semalam
dan sampai sekarang (time aku menaip ni)
aku x tido lagi pon..lepas ni tido la
mungkin sebab terlalu sibuk kot..
dengan jadi pengarah program lawatan ke korea
nak siapkan paperwork, projek dan jugak final exam
target aku nak siapkan semuanya secepat mungkin...

disebabkan aku rasa dah x terdaya sangat
aku pon cuba la surf internet..bukak facebook jugak last-last
belek sana-sini..x tahu jugak nak buat apa
entah camna aku terbukak page kawan baik aku dulu
sebab lama x tengok..nk dekat setaun la jugak
aku pon tengok la gambar-gambar dia
jadi stalker la kejap ni kiranya..haha
disebabkan memang aku dah lama x bukak page tu
aku tengok gambar-gambar dari paling lama sampai paling baru
dan aku tengok dia happy je semuanya..
It’s a lot of happiness in her smiles
aku rasa sangat happy dengan keadaan dia
aku perasan yang aku ni seorang yg pelik

aku rasa happy bila tengok orang lain happy

lepas tu je dengar azan subuh
lepas tu terus amek wuduk dan solat..
disebabkan aku masih teringat smile of happiness tu
aku termenangis happy waktu nk habis solat
first time aku menangis sebab happy..

It’s an indescribable feeling when seeing people smiling happily  

aku doa mudah mudahan apa yg aku buat dapat buat org happy
itu la apa yg aku perasan dari dalam diri aku
x heran la kenapa aku selalu amek tanggungjawab yg berat
aku x kesah sangat setakat letih dan mengantuk yg melampau
asalkan aku dapat tengok smile of happiness orang lain


please smile OK!
maybe I'm weak but I'll be strong so that everyone happy
I wish that I could make everyone happy

wish me luck!!

April 12, 2011

Kereta Lutsinar Di Dunia


assalamualaikum..

mungkin semua rasa pelik bila baca tajuk tu
wujud ke kereta lutsinar dalam dunia ni?
stakat kereta mainan atau hiasan kristal bentuk kereta ada la
tapi memang ada kereta sebenar yang lutsinar
ni antara contoh-contoh yang dalam kategori lutsinar

 yang ni masih boleh dikira sebagai lutsinar la kan?



 yang ni keluaran syarikat TRW Manufacturer
rasanya keta ni hanya untuk display dan x boleh jalan
sebabnya aku tak nampak pon enjin die!



yang ni kereta pulak kereta keluaran Lexus
rasanya diorang tunjuk kereta ni waktu Tokyo Motor Show
tahun berapa memang aku tak ingat la
keseluruhan badan lutsinar tu dibuat dari acrylic
bayangkan jela kalu tiba - tiba eksiden
berderai kaca-kaca di udara macam lampu kelip waktu malam..haha

serius aku tak tipu kali ni
dan aku yakin korang penah tengok sebelum ni
sama ada korang percaya atau tak je
dan kereta lutsinar ni boleh bergerak!

dah lama jugak iklan ni kalau yang tak tahu tu
Shell buat kereta saiz sebenar Nissan 370z
iklan tu nak tunjukkan yang produk minyak pelincir Shell
yang memberikan pelinciran yang baik dan bersih
pihak Shell dah mengeluarkan video di sebalik tabir
bagi mereka yang x percaya kereta ni memang betul-betul ada
dan bukannya efek grafik komputer semata - mata



bayangkan proses nak buat kereta ni pakai perspek
diorang leraikan dalam 2000 bahagian kereta sebenar
fuhhh,,nak buat acuan semua..kaya benar Shell ni
kereta ni mmg boleh bergerak..tapi dengan tenaga luar rasanya
maksudnya xde la mcm dalam kereta sebenar yang ada pembakaran tu
mau lebur la kereta tu lepas jalan 2-3 langkah
rasanya diorang pakai motor eletrik kot
stakat model kapal lutsinar penah la aku buat
tah bila la aku nk boleh buat kereta lutsinar plak..haha


April 4, 2011

Cawan Kopi Yang Kreatif

assalamualaikum..

dah nak malam ni mengantok pulak
banyak pulak kerja nak kena buat
ingat nak minum kopi la sedas dua
bagi ada flying kick sket..
tapi nak pilih cawan mana ek
banyak pulak cawan-cawan yang best

ingatkan baju tadi..boleh main zip-zip..haha

uh..cantik..sayang nak guna ni..x boleh

sapa x tau Alt + Ctrl + Del memang buta komputer..x tahu jugak try la tekan sekarang

yang ni siap boleh seimbang lagi..macam magik pulak

yang ni memang jimat..boleh buat kopi banyak kali..x payah beli kopi dah

x cukup satu cawan?..ni penyelesaiannya

hah..yang ni siap boleh bawak pegi bergaduh lagi

yang ni memang aku suka..kreatif2

yang ni 2 dalam 1..nanti nak melamar bagi je cawan ni..hehe

yang ni cawan yang angkasawan guna..diorang pon nak minum kopi jugak

waaa..yang ni memang smart la..pandai die buat

yang ni siap ada sukatan lagi..kalu kat ofis memang berguna la

yang ni memang best..x payah tiup-tiup bagi sejuk..makruh

yang ni ada sukatan mengikut kaler..kalau stakat minum air kosong x payah la beli cawan ni

yang ni aku suka sebab die ada ilmu..mungkin ilmu tu terserap dalam air..sapa tau..haha
nak pilih cawan pon dah rasa susah
last-last skali pegi kedai beli air tin..
tak pon pegi 7-Eleven beli Slurpee
selesai masalah..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...