Pengikut Taksub

May 25, 2011

Abstrak Versi LAwak : Cara Selamatkan Diri Tahun 2012 Nanti

assalamualaikum..

kan dulu duk heboh-heboh pasal tahun 2012 akan berlaku doomsday
tah orang mana tah yang duk bagi khabar angin ni sampai satu dunia kecoh
habis semua nak gelabah..cium habis tangan kaki mak mintak ampun..haha
bagi aku senang je..kiamat pasti berlaku dan dengan tiba-tiba..rujuk ayat ni:

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
Al A’raaf : Ayat 187
di tengah-tengah kekalutan dunia pasal benda tu, ada jugak yang kreatif
diorang dapat idea camna nak buat duit dengan kejahilan manusia sendiri
ada orang buat jual tiket naik roket waktu tahun 2012..hahaha
cekedaud:

ni ha laman webnye..menarik giler moto die..haha

May 18, 2011

Abstrak Versi Fakta : Kapal 400 Meter Enjinnya Besar Mana?

assalamualaikum..

aku sangat letih hari ni..tersilap langkah la pulak tadi
tadi time tengah hari terlupa nak minum air banyak-banyak..
aku buat praktikal sekarang ni..buat masa sekarang duduk dlm bengkel enjin kapal
tak sempat sampai petang dah letih..dehydrate cepat sangat..haha
biasa la bengkel enjin..panas die pon macam 'suam-suam kuku' je..
so aku nak share la sikit besar mana la agaknya enjin kapal tu

kepada yang x tahu apa tu enjin dan jugak crankshaft tu ni aku letak gambar
nanti ada masa, rajin-rajin la korang bukak enjin kereta korang tu..haha

yang ni kat kilang buat enjin diesel trak kot
hah..da besar orang enjin trak ni

May 14, 2011

Abstrak Versi Aku : Women Are Wonderfull

assalamualaikum..

ok..im back..kelmarin dan kelmarin dulu aku nak rehat..
luangkan masa dengan family sebelum start buat kerja balik
happy bersama family dan jugak semua watak wanita dalam hidup aku..haha
tapi sejak balik ni aku dah malas nak tengok TV..stakat tengok berita je
tapi sebab aku tengok berita tu aku rasa sedih sambil menggeleng kepala

macam-macam cerita yang tak best aku tengok kat dalam TV
senang cerita banyak berita-berita pasal eksploitasi wanita
semua la..pelacuran, keldai dadah, pelaris filem dan drama kat TV
even zina pon kebanyakannya hasil eksploitasi kaum Adam terhadap Kaum Hawa
aku ni kaum Adam ok..aku rasa sangat kesian dengan kaum Hawa
apa dunia ni nak kembali ke zaman jahiliah ke? wanita jadi sekadar pemuas nafsu?
bayangkan benda tu jadi dekat mak, kakak dan adik korang
aku rasa takut sekarang ni..bukan takutkan dunia dan makhluk-makhluknya
aku takut bala yang nak turun..dunia dah tersangat dekat dengan kiamat
papepon ni aku nak tujukan lagu untuk kaum Hawa..smile!



p/s: kaum Adam, jadilah pelindung bukan pelingkup wanita

May 11, 2011

Happy Holiday And Always Smile To All

assalamualaikum..

takde pape nak cakap pon..aku nak balik rumah setelah 4 bulan x balik
lepas 3 hari nak kena practical kat lumut pulak..terbaik la
just nak sampaikan ucapan kepada student UTM especially student Mecahanical :

1. Selamat ber 'short semester"
2. Selamat bercuti penuh 4 bulan
3. Selamat ber'practical'
4. Selamat ber'interview' dan bekerja

p/s: sem depan aku nak study awal la..ayat keramat setiap hujung sem..haha

May 8, 2011

Abstrak Versi Kreatif : Tea Bag Yang Memang The Boom

assalamualaikum..

hari tu aku dah tunjuk cawan-cawan yang best..klik sini
tapi hari ni aku nak buat kesinambungan la sikit dari post hari tu
kalau dah ada cawan, boleh la nak buat teh pulak..
so sekarang nak kena pilih tea bag pulak untuk nak buat teh..
tapi aku rasa sayang pulak nak guna tea bag ni..
hah..siap ada koleksi lagi..macam kat butik pulak

May 7, 2011

Abstrak Versi Lawak : Video Gula-Gula M-Pop Kena Hentam

assalamualaikum..

ah..sayang betul sebab video semalam dah kena remove
maybe sebab kena kritik giler-giler kot..korang ni pon..berpada-pada la
tapi xpe..lupakan yang lepas..hari ni kita tengok lagi satu kumpulan
yang ni kumpulan gula-gula pulak..kumpulan M-Pop pompuan
nak tau lebih lagi korang google la..banyak je komen-komen orang
taip keyword "gula-gula mpop"..nanti kluar blog cik epal kat first search..
tengok komen die..haha

ni ha video yang aku nak tunjuk tu:



p/s : memanjang hitler ni je jadi mangsa..haha

Abstrak Versi Agama : You As A Muslim

assalamualaikum..

hari ni aku nak share satu pengalaman dari kawan aku
dia sekarang belajar dekat oversea..dekat australia tak salah aku
citer ni dah lama sebenarnya..aku amek dari status facebook die
ada satu orang bukan islam mabuk ni tanya soalan dekat die
cuba tengok gambar dekat bawah :


aku just nak menimbulkan satu persoalan kat korang
kalau la org tu tak mabuk dan tanya soalan sama dekat korang,
boleh tak jawab dengan penuh yakin dan berani untuk tegakkan Islam?
jadi cuba la persiapkan diri masing-masing..muhasabah diri

May 6, 2011

Abstrak Versi Lawak : Persembahan M-Pop MAX 247 (Kpop Malaysia)

assalamualaikum..

nah la tengok..aku tak mau komen...korang komen la sendiri..
ni la group yang nak cuba tiru K-Pop tu..yg dulu nama die 24/7 tu kot
nak tau lagi lanjut, google je image diorang..
diorang buat persembahan kat karnival pelancongan belia kot
kalau tak nak komen pon tengok komen kat youtube tu pon jadi la



p/s : aku x tau nak letak viseo ni dalam abstrak versi apa..
tu la aku main letak je dalam abstrak versi lawak tu

May 5, 2011

Abstrak Versi Fakta : Zip Dan YKK

assalamualaikum..

ni bukan kes jalan kat public dan tak tutup zip ok..
entry ni sebenarnya nak menjelaskan satu benda pasal zip
maybe ada yang dah perasan dan tahu kebanyakan zip ada tulisan YKK
mak aku kerja jahit baju..jadi aku memang selalu la terserempak dgn YKK ni
kalau tak percaya sila la tengok zip seluar mahupon zip baju
kebanyakannya mesti ada tulisan YKK ni..aku pon pelik jugak awal-awal
aku ingatkan YKK tu satu singkatan untuk jenis zip
jadi aku pon cuba la mencari kebenaran di sebalik zip YKK ni
ni haa YKK yang aku maksudkan (sumber)

May 4, 2011

Abstrak Versi Fakta : Kuasa Make Up

assalamualaikum..

pompuan memang susah la nak dipisahkan dengan make-up
at least pon mesti nak taruk bedak - bedak sket kat muka
kalau laki jenis mekap-mekap tebal ni memang aku anti la..sorry to say
sekarang kan pengaruh korea dan jepun dah makin banyak kat Malaysia
tengok la awek-awek diorang..fuuhhhh..meleleh air liur korang tengok
orang-orang kat sana memang agak obses la pasal kecantikan luaran

bagi aku, kecantikan luaran tu hanyalah kulit, isi dan tulang
satu benda yang sangat fragile dan cepat expired..
kadang-kadang aku rasa kesian dekat diorang yang obses ni
jadi obses dengan kecantikan pon sebab dunia kita ni la
terlalu mengagung - agungkan kecantikan luaran ni..haishh
make up ni satu medium yang bagus tapi bila dah over, xde lagi nilainya
tapi ni ha aku nak tunjuk sket apa tu kuasa make up
go girls!!!
macam two face dalam citer batman tu

May 2, 2011

Abstrak Versi Fakta : Lelaki Yang Disambar Kilat 7 Kali

assalamualaikum..

kisahnya bermula dengan seorang lelaki bernama Roy Cleveland Sullivan
die ni seorang ranger hutan yang bekerja di Shenandoah National Park, Virginia
die telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai satu-satunya,
manusia ang disambar kilat 7 kali di waktu dan tempat yang berbeza
dan lebih mengejutkan, die selamat walaupon 7 kali disambar kilat!

inilah beliau yang tersebut
untuk pengetauhan semua, kebarangkalian kena sambar kilat adalah 1 : 3000
mengikut pengiraaan probability yang mudah, probability kejadian ni adalah 
1 : 30007 yang mana bersamaan 1 : 2,187,000,000,000,000,000,000,000
atau lebih mudah disebut sebagai 2.187 septillion..
tapi die ada cakap yang waktu kecik dulu, die penah kena sambar kilat
waktu tu die dekat ladang gandum..kilat sambar sabit die tapi die ok je
sebab takde bukti, die pon tak claim la kejadian tu sebagai yang pertama
kalau x jadi la 1 : 30008 atau 1 : 6,561,000,000,000,000,000,000,000,000..haha

May 1, 2011

Abstrak itu Ekstrim : Kamera Resolution 6530 megapixels

assalamualaikum..

sekarang semua sibuk je nak beli DSLR kan?
yang dah ada bagus la..aku jugak yang takde..haha
standart resolution utk DSLR rasanya dalam belas-belas megapixels je
lagipon xde la perlu sangat pixel yang banyak-banyak
kalau ko nk print atas kertas AO ok la kot pakai yang 60-70 megapixels
ade plak 60-70 megapixels..haha

tapi mungkin ada sesetengah orang rasa x cukup lagi..x puas
"mana cukup 60-70 megapixels..saya photogapher professional"..kata beliau
xpe-xpe..jangan risau..aku dah jumpa penyelesaian untuk beliau
aku jumpa kat internet pasal satu projek yang dah lama dilaksanakan
khas untuk tangkap gambar sampai 6530 megapixels!!!
klik untuk view yg lagi besar dan clear
projek ni dah lama start dalam awal tahun 2000 rasanya
diberi nama Giagapxl Project dgn tujuan awal nak tangkap gambar 1 gigapixels
tapi dengan teknologi kamera yg makin bagus dari hari ke hari,
projek tu terus berjalan dan sampai la ke tahap 6530 gigapixels tu
so ni ada beberapa contoh gambar dan sedikit kuiz dari aku
kuiz die simple je..cari lokasi gambar zoom yg diberikan

1. Pensacola Beach
gambar utama die yg kat atas tadi tu..klik untuk besarkan gambar
pastu try cari lokasi gambar - gambar zoom ni :

zoom 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...