Pengikut Taksub

April 28, 2014

Abstrak Versi Fakta : Manusia Yang Berjalan Dengan 4 Tangan & Kaki

assalamualaikum..

tajuk post pon dah macam pelik je
tapi memang betul..manusia yang berjalan dengan kaki dan tangan
semalam aku tengok dokumentari pasal benda ni, harini rasa nak menaip
kalu nak tegok, pegi youtube, search "The Family That Walks On All Fours"
kalu nak specific, bahasa omputihnye panggil quadrupedal
kot-kot rajin nak tau, google jela quadrupedal tu
tapi sebab aku tau korang malas nk baca benda saintifik, tu yg aku tulis ni ha

family ni duduk dekat satu pedalaman di Turki
adik beradik mak oiii punya la ramai..19 adik-beradik
produktif dan efektif keluarga ni..alhamdulillah
dan family ni adalah family muslim yang miskin,
orang kampung pulaukan family ni
rumah diorang jauh dari rumah orang lain

ni ha diorang yang berjalan pakai kaki dengan tangan
source
benda ni sangat-sangat jarang terjadi
dan memang takde saintis pernah jumpa pon kes macam ni
kira kali pertama dalam sejarah peradaban manusia la ada kes ni
dan yang lagi rare adalah sebab bukan sorang
tapi 5 adik-beradik yang berjalan macam tu tapi sorang meninggal
tinggal 3 orang pompuan dan seorang laki,
semua 4 orang ni separa terencat akal,
yang lelaki tu namanya hussein, umur dah 28 tahun
dah paras umur abang aku dah..hmm

yang ni hussein namanya, menunduk ke bawah sepanjang masa

nak dipendekkan cerita,
kebanyakan adik beradik diorang ni ada masalah cerebellar Ataxia
senang cerita ada 1 bahagian dalam otak tu,
yang dipanggil "cerebellum" diorang kecik dari biasa
kalu macam penah dengar "cerebellum" tu bagus la
maksudnya waktu balajar sains tu tak tido la tu
yang mana ponteng kelas, lepak bawah jambatan boleh tengok gambar ni

kan dah menyesal ponteng kelas sains dulu, cerebellum pon tak tahu.
source

ringkasnye, bahagian ni ada sistem saraf yang kawal pergerakan
disebabkan bahagian otak diorang ni kecik,
diorang ni agak susah nak berjalan dengan seimbang
tapi saintis pelik sebab pernah ada kes dekat Itali
yang mana sorang budak lelaki ni takde terus bahagian otak ni
tapi masih boleh berjalan dengan 2 kaki!

jadi macam-macam la teori diorang buat
Teori evolusi terbalik
manusia kembali berevolusi jadi beruk macam Darwin

Mutasi genetik
memang betul, tapi tak kukuh sebab diorang sepatutnya boleh lagi berjalan dengan 2 kaki

Budaya
yang ni paling menarik, ingat lagi kan diorang ni ada 19 beradik
mak diorang tak sempat nak ajar tateh diorang
sebab lepas je beranak dah mengandung balik

ok, cukup pasal benda saintifik semua.
ni beberapa moral of the story yang aku dapat dari dokumentari tu
Hussein tu umur dia dah 28 tahun,
bayangkan 28 tahun berjalan dengan kaki dan tangan
cuba korang try berjalan macam tu 15 minit dalam rumah
serius sakit belakang, kalu tak percaya boleh try
bayangkan tangan tu seret atas tar pulak
2 hari berjalan, hilang tapak tangan

jalan dekat pendalaman, ada tar berlopak pon dah kira ok
bayangkan 28 tahun macam tu,
dari kecik sampai besar orang kampung ejek kata macam beruk
ya memang dia terencat akal, tapi dia manusia
setiap kali tunjuk muka dia dalam dokumentari tu,
boleh nampak dia tunduk je kepala
dia nampak malu, dia rasa rendah diri,
orang tengok dia bukan sebagai manusia
kita rasa kita teruk kena ujian dengan tuhan,
bayangkan 28 tahun, hari-hari rasa macam tu
kalah besar kita dengan dia..

yep..budak-budak mengejek macam beruk

Family ni miskin, kena pulau dengan orang kampung pulak tu
bila hujan, jalan berlopak-lopak dengan lumpur
ingat, diorang berjalan dengan tangan dalam hujan
nak pakai payung macam mana.
kita mengeluh kasut kotor sikit tadi terpijak lumpur
diorang ni silap-silap terpijak tahi lembu pakai tangan
kalah lagi kita dengan diorang..


dalam sejam perjalanan dari rumah diorang ada pantai
bila nak dekat ending, krew produksi bawak la ke pantai
tapi takde sorang pon dalam family tu yang pernah tengok laut
excited main air laut, tengok ombak
kita pulak mengeluh, boring tempat dalam Malaysia ni,
layan tempat-tempat oversea je..
lemah kita ni, kurang bersyukur..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...