Pengikut Taksub

May 5, 2011

Abstrak Versi Fakta : Zip Dan YKK

assalamualaikum..

ni bukan kes jalan kat public dan tak tutup zip ok..
entry ni sebenarnya nak menjelaskan satu benda pasal zip
maybe ada yang dah perasan dan tahu kebanyakan zip ada tulisan YKK
mak aku kerja jahit baju..jadi aku memang selalu la terserempak dgn YKK ni
kalau tak percaya sila la tengok zip seluar mahupon zip baju
kebanyakannya mesti ada tulisan YKK ni..aku pon pelik jugak awal-awal
aku ingatkan YKK tu satu singkatan untuk jenis zip
jadi aku pon cuba la mencari kebenaran di sebalik zip YKK ni
ni haa YKK yang aku maksudkan (sumber)
rupa-rupanya YKK ni adalah satu nama syarikat besar iaitu
"Yoshida Kogyo Kabushikigaisha" atau Yoshida Manufacturing Corporation
syarikat ni ditubuhkan oleh Tadao Yoshida dalam tahun 1938
sebelum bukak syarikat ni, die kerja dekat satu kilang buat zip
die rasa tertarik dekat zip waktu tu tapi sayangnya syarikat tu bankrup
disebabkan rasa cinta beliau yang mendalam terhadap zip,
die pon bukak la kilang zip sendiri yang popular sampai la sekarang

bukan setakat zip je yang kilang die ni buat sebenarnya
segala macam cangkuk, klip, butang snap, butang jeans pon ada
syarikat ni ada fasiliti pengeluaran dekat 68 buah negara
syarikat ni siap buat mesin untuk hasilkan zip lagi
x heran la kalu syarikat ni contol hampir 90% pengeluaran zip
untung tahun lepas untuk syarikat ni xde la banyak..dalam RM140juta je

p/s : lepas ni jangan lupa tutup zip..malu la sket..haha

3 comments:

fake chunderella said...

haah perasan gak. tapi ape kebenaran sebalik YKK ni?

fake chunderella said...

ooppppsss...sori!!
(nmpak sgt tak bce sampai abis daa) =,=

Aku Skema said...

haha..xpe2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...