Pengikut Taksub

February 27, 2011

Blogger Bermulut Laicikang

assalamualaikum..

tadi baru lepas blogwalking
dah petang ni free, aku pon beraksi la sikit
mula-mula nak buat entri pasal contest
tiba-tiba aku rasa tak puas hati bila ke satu blog ni
jadi aku terpanggil la untuk cakap pasal ni dulu
aku pon baru lagi dlm blogging ni
jadi cakap ni pon sekadar sebagai seorang pemerhati la


ada macam-macam jenis blogger
ada yg suka bagi nasihat, buat tutorial,
ada yg  suka buat contest, yg suka bergosip,
yg suka membaca blog org dari buat entri baru pon ada
tapi yg paling ku x suka adelah blogger yg suka menjatuhkan blogger lain

wau..memang hebat kalau boleh menjatuhkan orang
macam apa yg jadi kat negara-negara arab skrg
tapi kes tu utk membawa kebaikan..ok la
ni siap dengan bahasa lemah lembutnya,
best je duk hentam org..siap mention nama lagi
wao..mmg berjayalah menjatuhkan org..tahniah
siap ada org yg sokong lagi..
best je setan duk tolong kipas
tepuk-tepuk tangan ramai ikut dia..
tahniah sekali lagi

contoh dalam dalam isu pelacur blogger tu
mmg terbaik la..mungkin die nk luahkan apa dlm hati
tapi cara die x betul..matlamat x menghalalkan cara

Riba itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seorang laki-laki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan riba yang paling berat adalah berkata buruk seorang laki-laki atas kehormatan saudaranya. 
Silsilah al-Ahadits as-Sahihah  no: 1871

siap termasuk dalam riba lagi
kalu yg seringan-ringan tu pon dah dirasakan berat
inikan pulak yg paling berat..
sesapa yg x faham pasal hadis ni sila google dan cari penerangan
aku xnk tersalah tafsir kalau aku yg terangkan
dan renung-renungkanlah ayat di bawah

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?. (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Al Kahfi 103-104
papepon sama-sama la kita berbaik
hidup lagi tenang kalu semuanya boleh selesai dgn cara baik
x perlu la rasa anda sentiasa betul
aku x suka org yg sentiasa rasa nk menang..
sanggup cakap/buat apa saja hanya utk menang
langsung xnk mengaku salah


ah..pasal tajuk tu..bukan laicikang..lancang
laicikang nak buat apa lagi
semua org dah tahu..laicikang sedap..haha

February 26, 2011

Contest Terima Kasih 333

salam..

wah..ni ape sebab plak duk happy-happy ni?
nk bertenkiu-tenkiu pulak tu
tatau la..mungkin aku kena penyakit baru kot
penyakit happy tak tentu pasal (masalah mental)
mungkin sebab aku tengah sibuk kot
tu aku cuba utk buat-buat gembira
nk hilangkan stress kot

citernye camni..kalu korang perasan la
polower aku dah sampai 333..wao..sikitnya..haha
lagipon aku kan newbie lagi..

sebabnya aku mmg x suroh org follow pon
kalu pegi blogwalking pon xde plak aku suroh follow balik
zaman dulu-dulu ada la aku buat camtu
tapi sekarang aku lagi suka loyal reader
saya berblog cuma untuk berkawan..saya kan hambar sedikit..muahaha

lagipon sejak lepas cuti raya cina haritu aku sibuk
dengan nk uruskan program fakulti, program pegi Jepun la..haha
nak blogwalking pon x sempat sangat
just sempat post, pastu ping kat GB
lepas tu duduk berdebat kat forum..(tadi kata xde masa)
sebab dekat forum x perlukan konsentrasi sepanjang masa

lagipon aku tengah conduct satu survey
nk tengok apa kesan kalu aku just menjawab di forum SAHAJA
dan meminimumkan blogwalking..
jadi inilah keputusannya


boleh tahan la tu..ni kira rekod la kot..
x penah lagi aku dpt trafik byk cenggini..
kan aku dah bagitau..aku kan hambar..haha

disebabkan aku dah niat nk buat contest bila polower cukup 333
aku x tentukan lagi nk buat kontest camna
tapi rasanya nk buat photo kontest je kot
hadiah pon nk bagi topup je kot..RM50 ke..kecik2 je
try korang bagi cadangan kat aku!

February 23, 2011

Leave Her As You Love Her

salam..

cepat bebenor masa ni berlalu ek
x sedar pulak teman ni dah tahun 3
dah nk habis blajar dah pon..
lagi setahun insyaallah dah boleh kawen..
eh..tershashul..boleh graduate la..haha

kadang-kadang tu teringat pulak zaman muda-muda
ceh..tua sangat la pulak aku ni ek..
papepon zaman sekolah memang best
dengan jahatnye..tapi aku baik je..pakai songkok lagi
dengan kena rotan la..penampor cikgu la
dan memang diakui susah nk lupa..first love la


aku segan la nak cakap pasal ni
aku kan pemalu..(blusing2)..haha
biasa la tu..adat la dalam hidup
zaman-zaman skolah..cinta beruk makye

teringat tu bukan sebab pe..
sebab terjumpa gambar waktu duk belek-belek kat arkib
tujuh tahun jugak la lamanya..
last-last break..dia pegi oversea..aku kat sini lagi
pastu x pernah contact dah..x mau la aku
biar dia x ingat aku pon xpa..asalkan die bahagia..
rasanya dia lagi bahagia kalu x ingat aku..haha
mintak-mintak la die x baca blog aku ni..fuanggg

“The magic of first love is our ignorance that it can ever end”
Benjamin Disraeli


bukan saja-saja nak cerita
cuma just nak cakap kepada yg senasib..
LEAVE HER AS YOU LOVE HER
kalau ada mesin yg boleh ulang balik masa,
aku suka utk patah balik ke 4 tahun lepas
tapi aku pilih utk kekal je dengan masa sekarang
sebab masa dulu yg sepatutunya diguna utk ubah masa depan
bukan gunakan masa depan utk mengubah masa lepas

jangan dikejar yg terlepas..
jangan dipandang benda yang lepas
bagai angin dan kapal terbang kertas
biar saja ianya terbang bebas
hebat kan aku?..tepuk sket..haha
saya selaku bekas ahli kelab kebudayaan menyucapkan sekian,
terima kasih

February 22, 2011

Kami Benci Blogger!!!

salam...


hadoi..habes la aku kena blasah
dah nama pon blogger, boleh plak benci blogger..haha
tolong tuanku..hamba minta maap..
bukan hamba yg cakap macam tu..drama plak..hehe
cerita die macam ni sebenar-benarnya

tadi waktu duk berblogjogging
ada member aku mention pasal satu group ni
so aku pon pegi cek la..
group tu kat fesbuk
nama group tersebut adelah..jeng3..
..Kami Benci 'BLOGGER'..

terima kasih en.google kerana menyokong saya
agak pelik la aku rasa die ni
mungkin sebab die dah xde aktiviti masa lapang kot
tu yang seronok-seronok buat group tu..
xpon sebab kurang didikan agama,
mungkin kurang perhatian ibu-bapa,
ataupon pengaruh rakan sebaya yg tidak sihat
dan jugak sebab-sebab umum lain
yg ditulis dalam exam pendidikan islam/moral bahagian akhlak

x baik la nak benci-membenci ni
sangat tidak sihat aku rasa
sebab ni jugak la aku dah berhenti bagi sokongan
terutamanya bila tengok bola sepak
boleh bergaduh sesama kawan baik woo
tambah pulak bila masing-masing sokong kelab yg berlainan

papehal pon be chill la..kita kan cool
tapi kalu korang nk pegi blasah die aku relakan
blasah je cukup2..biar die rasa nk tutup je fesbuk die
pegi je berperanghabes-habesan
ramai rakan blogger kat situ..
dah macam tempat n k promote link plak kat situ..haha

lebih kurang beginilah situasi beliau..haha

February 21, 2011

Politik Kotor Di Universiti

salam..

skrg ni kan tengah hot nak pilihan raya IPT
bukan pilihan raya tu je yg panas..
aku pon turut berasa panas ya amat
membuak-buak x tahan dah ni
mana x panas..tengok ni..


ni sapa yang nak tolong sapu?
main hentam tabur keliling dunia..
ni kalu aci sapu sampah kat blok aku nampak,
kompom die ketuk kepala diorg dgn penyapu
haiyaaaaa...


ni sampai setiap anak tangga pon nak letak ka


ni nak memerot pon terbantut
tengah kemut tetiba je masuk balik..haishhh

macam ni nak jadi pemimpin?
demokrasi terpimpin la sangat..
terasa hangin yang amat la..
terasa tertipu dgn segala manisfesto yg diorg cakap
serius punya la..x tipu

dah kompom aku x undi die ni
mcm ni nak jadi contoh pemimpin..puitttt
jangan harap la nk dapat undi dari aku
xde disiplin langsung..hapa mende la pemimpin camni
ni mesti kes x blajar subjek asas kewarganegaraan la ni
dah tau x lulus subjek ni gedik jugak nk jadi calon MPP..haha

yg ni kira biasa la..normal yg agak dibenci
poster-poster tu pon aku dah rasa menyemak
rasa muak la tengok poster2 ni
tah la..mengganggu pemandangan yang indah
nanti aweks x nampak muka aku..
opsss..yg berkenaan jgn marah arrr...
hamba minta ampun..haha

kepada calon-calon yg terbaca tu
TOLONG JANGAN BUAT MACAM NI
SERIUS AKU GERAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...