Pengikut Taksub

July 31, 2011

Abstrak Versi Aku : Goodbye To This Month

assalamualaikum..

akhirnya aku ada masa buat post baru..haha
lagipon sekarang dah takde sumber kerja
waktu praltikal yela..sibuk yang pelbagai
tiap-tiap hari pon dapat ilmu baru..
duduk rumah pon x buat pe..
jadi tiap-tiap hari kena cari ilmu baru dari internet la
boleh la kot update hari-hari..haha

bulan Julai dah sampai ke penghujung..
termasuklah yg lebih mulia, bulan syaaban
yg mana secara official habis waktu maghrib tadi
sangat banyak kenangan dalam bulan Julai ni
especially yang berkenaan dengan praktikal aku la
wah..abang hensem! gambar mahal ni..haha
memamg banyak la kenangan sweet waktu praktikal
menang bowling yg aku baru main 2-3 kali
memonteng dan mengular waktu keje tanpa kantoi
dan yang paling x boleh blah pegi karaoke 3 jam
mula-mula nak x nak je pegang mic..
last-last skali mic tu jadi aku punya..
melalak sampai tergolek + bersila atas lantai..
tapi x sangka plak suara aku sedap..muahaha

and last but not least, dah setahun abang aku meninggal
moga-moga roh die aman di sana..amin
sekarang dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak
dah 3 tahun berjumpa Ramadhan dgn penuh rasa syukur
selalu tanamkan yg Ramadhan kali ni adalah yg terakhir
moga-moga kita selalu hargai dan rindukan Ramadhan
papepon, SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!

June 30, 2011

Abstrak Versi Aku : Ilmu Di Mana-Mana

assalamualaikum..

wao..sangat lama x update..ini satu rekod baru
hampir-hampir x update utk bulan ni..haha
sekarang ni kan aku tengah praktikal..kira macam kerja la jugak tu
pegi awal pagi..balik petang dah letih..malam nk main futsal lagi..haha

sangat seronok buat praktikal ni rupanya..baru aku tau
sangat banyak ilmu yang aku dapat..dan pengajaran-pengajaran lain
belajar hands-on ni ilmu cepat je faham dan masuk dalam otak
ilmu memang sangat banyak utk aku belajar kat situ
technical knowledge memang sangat banyak..tapi x lupa jugak ilmu lain
communication skill dan jugak tacit knowledge dari pekerja yang byk pengalaman

agak special la jugak tempat aku buat praktikal ni
dalam tempat tu ada surau..tiap2 hari selasa dengan rabu ada ceramah
sembahyang jumaat pon buat kat situ je..x payah balik rumah
pagi-pagi lepas punch card, semua staff kena beratur depan bangunan masing2
first skali kena menyanyi lagu negaraku..lepas tu buat senaman ringan
tiap-tiap hari ok..mana nk dapat semua tu?..
hanya di Boustead Naval Shipyard Lumut..haha
"syarikat kami memang memerlukan supervisa seperti kamu"..cewah..haha


hari ni pon nasib je aku sempat tulis entri baru..
tu pon sebab ada benda pelik terjadi..member terkunci dalam rumah pulak
die cuti sebab nak pegi jumpa makwe beliau..
lagi 2-3 langkah je lagi nk masuk gate tetiba kawan aku call
dah kena amek cuti emergency hari ni..haha
sori la kepada kawan aku yg kena buat keje sorang-sorang tu
x sengaja kot..haha

papepon sebagai nasihat, cari la ilmu setiap hari
x kesah la dari pelusuk mana pon datangnya ilmu tu
sebab ilmu tu akan menambah nilai korang sebagai seorang manusia

May 25, 2011

Abstrak Versi LAwak : Cara Selamatkan Diri Tahun 2012 Nanti

assalamualaikum..

kan dulu duk heboh-heboh pasal tahun 2012 akan berlaku doomsday
tah orang mana tah yang duk bagi khabar angin ni sampai satu dunia kecoh
habis semua nak gelabah..cium habis tangan kaki mak mintak ampun..haha
bagi aku senang je..kiamat pasti berlaku dan dengan tiba-tiba..rujuk ayat ni:

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
Al A’raaf : Ayat 187
di tengah-tengah kekalutan dunia pasal benda tu, ada jugak yang kreatif
diorang dapat idea camna nak buat duit dengan kejahilan manusia sendiri
ada orang buat jual tiket naik roket waktu tahun 2012..hahaha
cekedaud:

ni ha laman webnye..menarik giler moto die..haha

May 18, 2011

Abstrak Versi Fakta : Kapal 400 Meter Enjinnya Besar Mana?

assalamualaikum..

aku sangat letih hari ni..tersilap langkah la pulak tadi
tadi time tengah hari terlupa nak minum air banyak-banyak..
aku buat praktikal sekarang ni..buat masa sekarang duduk dlm bengkel enjin kapal
tak sempat sampai petang dah letih..dehydrate cepat sangat..haha
biasa la bengkel enjin..panas die pon macam 'suam-suam kuku' je..
so aku nak share la sikit besar mana la agaknya enjin kapal tu

kepada yang x tahu apa tu enjin dan jugak crankshaft tu ni aku letak gambar
nanti ada masa, rajin-rajin la korang bukak enjin kereta korang tu..haha

yang ni kat kilang buat enjin diesel trak kot
hah..da besar orang enjin trak ni

May 14, 2011

Abstrak Versi Aku : Women Are Wonderfull

assalamualaikum..

ok..im back..kelmarin dan kelmarin dulu aku nak rehat..
luangkan masa dengan family sebelum start buat kerja balik
happy bersama family dan jugak semua watak wanita dalam hidup aku..haha
tapi sejak balik ni aku dah malas nak tengok TV..stakat tengok berita je
tapi sebab aku tengok berita tu aku rasa sedih sambil menggeleng kepala

macam-macam cerita yang tak best aku tengok kat dalam TV
senang cerita banyak berita-berita pasal eksploitasi wanita
semua la..pelacuran, keldai dadah, pelaris filem dan drama kat TV
even zina pon kebanyakannya hasil eksploitasi kaum Adam terhadap Kaum Hawa
aku ni kaum Adam ok..aku rasa sangat kesian dengan kaum Hawa
apa dunia ni nak kembali ke zaman jahiliah ke? wanita jadi sekadar pemuas nafsu?
bayangkan benda tu jadi dekat mak, kakak dan adik korang
aku rasa takut sekarang ni..bukan takutkan dunia dan makhluk-makhluknya
aku takut bala yang nak turun..dunia dah tersangat dekat dengan kiamat
papepon ni aku nak tujukan lagu untuk kaum Hawa..smile!



p/s: kaum Adam, jadilah pelindung bukan pelingkup wanita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...